Penjara Bentong 25 Julai 2011, bertempat di Surau Penghuni Kompleks Penjara Bentong , Pahang telah diadakan satu program rakaman Takbir Hari Raya bersama penghuni Jabatan Penjara Malaysia. Rakaman telah dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dengan kerjasama Unit Rakaman Luar RTM. Y.Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar adalah antara tetamu kehormat yang hadir. Turut hadir adalah Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta Pegawai-pegawai Kanan Penjara Bentong. Ketibaan Y.Bhg. KJP Datuk Wira disambut oleh TKPj Hj. Abdul Aziz bin Abdul Razak , Pengarah Penjara Bentong. Rakaman bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.
""