Penjara Marang- 26 Julai 2011, YB Dato' Mazlan bin Ngah, SUK Negeri Terengganu telah menyempurnakan Perasmian Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Timur bertempat di Dataran Setia, Penjara Marang Terengganu. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah KPj Hj Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan Pengarah, Dasar Kepenjaraan, TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin, Ketua Seksyen Pemulihan, PKP Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Marang, Pegawai Daerah Marang, Ketua-Ketua Jabatan KDN Negeri Terengganu, Pegawai-Pegawai Pemulihan, Kebajikan, Protokol dan Unit Media IPPM, NGO's dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang, kakitangan penjara dan parol zon timur serta pelajar sekolah Daerah Marang. Aktiviti pameran yang turut diadakan ialah pameran produk penjara dari Penjara Marang, Pameran Parol oleh Parol Zon Timur dan Pameran Artifak Penjara dari Penjara Dusun Dato? Murad. Persembahan kebudayaan oleh Kelab kebudayaan Penghuni Penjara Marang juga dipertontonkan kepada jemputan. Jemputan juga diberi ceramah ?Mesej Dari Penjara? oleh TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin, Ketua Seksyen Pemulihan. Forum ''Memasyarakatkan Penjara'' turut mengisi program terdiri daripada En. Rahim bin Mat Zain sebagai moderator dan tiga barisan ahli panel TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan, En. Najid bin Harun,Pengurus PENGASIH Darul Naim, En. Ibarahim bin Osman, Penghulu Mukim Pulau Kerengga dan En. Halim bin Mustafa, bekas penghuni yang berjaya.
""