Pada 21 Julai 2011 Khamis, Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dengan kerjasama Penjara Sungai Udang, Melaka telah melancarkan Kempen Berhenti Merokok Jabatan Penjara Malaysia. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Seramai lebih kurang 200 orang tetamu telah hadir antaranya Yang Berhormat Datuk Hj. Adderis bin Hj. Kassim dan Yang Berhormat Datuk Latipah bt Omar (wakil Kerajaan Negeri Melaka), Yang Bahagia KPj Dato' Hj. Hassan bin Hj. Sakimon, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Institusi zon tengah dan zon selatan serta kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis ini turut menjemput En. Martin Balhetchet dari Malaysian Care untuk berkongsi pengalaman mengenai masalah penagihan dadah dan tabiat merokok serta cara mengatasi masalah ketagihan tersebut. Di samping itu, Kementerian Kesihatan Melaka juga mengadakan pameran mengenai Program Berhenti Merokok dan pameran Penjara Seremban turut diadakan. Majlis bersurai dengan makan tengahari di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang.
""