| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penghayatan Maal Hijrah (Memasak Bubur Asyura Dan Ceramah)

Pada 06 Januari 2011, Jawatankuasa Surau Kakitangan Penjara Alor Setar telah mengadakan Program Penghayatan Maal Hijrah iaitu memasak bubur Asyura dan Ceramah yang diadakan selepas Solat Maghrib.

 

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang, melibatkan seramai 20 orang kakitangan yang mewakili platun masing-masing.  Turut dibantu ahli-ahli PERSIAP sama-sama bergotong-royong memasak bubur Asyura. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat permuafakatan dan kerjasama yang erat di antara kakitangan. Bubur yang dimasak secara bergotong-royong  itu diagihkan kepada semua kakitangan.

 

Pada sebelah malamnya pula, ceramah penghayatan Maal Hijrah diadakan selepas Solat Maghrib yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Md. Faizal bin Chik, Imam Masjid Negeri Johor, Fakulti Tahfiz Al-Quran Kolej Universiti Insaniah.

 

""