| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Iltizam Jabatan Mengorak Langkah Sebagai Organisasi Koreksional Berprestasi Tinggi

Kompleks Penjara Kajang, 10 Januari 2011, Perhimpunan Bulanan pertama warga Kompleks Penjara Kajang telah diadakan bertempat di Padang Kawat Maktab Penjara Malaysia yang disempurnakan oleh Y.Bhg Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis dihadiri pegawai-pegawai tertinggi jabatan turut mendengar ucapan dan amanat daripada Y.Bhg.Datuk KJP. Memetik  ucapan Y.Bhg.Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia menggesa supaya semua kakitangan jabatan akan terus mendokong komitmen jabatan “Memperkasakan Modal Insan; Kebajikan Diutamakan, Organisasi Dimartabatkan”.Semua pihak perlu komited mengekalkan kecemerlangan dalam melaksanakan  tugas dengan penuh iltizam bagi memantapkan status penyampaian perkhidmatan jabatan dengan berkesan berteraskan kepada kepantasan, inovatif, berintegriti dan mengamalkan nilai-nilai murni perkhidmatan dengan memberi layanan berbudi bahasa termasuklah memberi senyuman semasa berurusan dengan orang ramai. Semoga pada tahun 2011 jabatan akan terus meraih kejayaan dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang bagi meletakkan jabatan di puncak kejayaan sebagai organisasi koreksional yang berprestasi tinggi dan terus kekal mengungguli kecemerlangan.

""