Pada 13 Januari 2011, Pegawai dan anggota Unit K9 telah mengadakan simulasi prestasi unit bertempat di Padang Latihan Unit K9 Zon Tengah. Simulasi ini telah disaksikan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia Y. Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, pegawai- pegawai tertinggi Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Kajang, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Pengarah Penjara Wanita Kajang dan Komandan Maktab Penjara Malaysia.
Unit K9 telah memiliki 20 ekor anjing kerja yang terdiri daripada baka German Shepherd dan Belgian Shepherd (Malinois) untuk kawalan (protection), manakala baka Labrador dan English Springer Spaniel untuk mengesan (detection).