16 Januari 2011 - Bertempat di Penjara Pengkalan Chepa Kelantan satu program motivasi "Titian Kasih di Tirai Besi" bersama penghuni penjara oleh pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Program yang bertemakan "Daripada Mahasiswa Kepada Masyarakat" merupakan program yang dianjurkan oleh Rancangan Khidmat Masyarakat (Kumpulan 13) bagi sidang Akademik 2010/2011.
Objektif program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada mahasiswa tentang betapa pentingnya kebebasan hidup. Semasa program dijalankan, mereka akan memberikan dorongan kepada penghuni supaya dapat kembali kepangkuan masyarakat dengan menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Selain itu menyedarkan mereka betapa pentingnya peluang ke dua yang diberikan unuk meneruskan kehidupan baru di luar sana. Tindakan sewajarnya boleh diambil untuk memastikan mereka tidak terkecuali untuk menerima hak yang sewajarnya.
Antara aktiviti yang dijalankan di Penjara Pengkalan Chepa bersama banduan dan banduanita adalah ceramah motivasi oleh peserta dan Mesej Dari Penjara oleh penghuni agar dapat semua pihak mengambil tauladan daripada kehidupan mereka yang menyeleweng daripada norma-norma masyarakat.