Pada 25 Januari 2011 bersamaan 20 Safar 1432H (Selasa), Unit Hal Ehwal Islam Penjara Pusat Sibu dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Malaysia Daerah Sibu telah menganjurkan "Seminar Ibadah Haji 2011" kepada kakitangan Penjara Pusat Sibu dan PERSIAP. Seminar tersebut telah berlangsung selama setengah hari bermula jam 0830 pagi dan berakhir pada jam 1230 tengah hari di Dewan Seminar, Pejabat Industri Penjara Pusat Sibu.
Antara pengisian dalam seminar tersebut ialah tayangan video perjalanan ibadah haji, taklimat daripada pegawai tabung haji, praktikal haji, kuiz haji dan pembukaan akaun simpanan tabung haji secara percuma. Seramai 24 pegawai dan kakitangan Penjara Pusat Sibu serta beberapa orang PERSIAP hadir dalam seminar tersebut.
Turut hadir dalam seminar tersebuat ialah PKP Hj. Mohd Farid Bin Hj. Kassim, Pengarah Penjara Pusat Sibu dan TPP Tajudin Bin Tungal, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sibu serta beberapa orang pegawai kanan penjara. Diakhir seminar, majlis bertukar cenderahati di antara pihak penjara yang disampaikan oleh PKP Hj. Mohd Farid Bin Hj. Kassim (Pengarah Penjara Pusat Sibu) dan Lembaga tabung Haji Daerah Sibu yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mohammad Bin Salim (Pengurus Lembaga Tabung Haji Daerah Sibu). Seramai tiga orang peserta telah dipilih untuk menerima hadiah daripada tabung haji kerana mendapat markah terbaik dalam kuiz haji yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Hj. Mohd Farid Bin Hj. Kassim. Mereka ialah WP Hassan Bin Amin, WP Siti Rubiah Binti Muhaini dan WP Norazura Binti Mahmad.