Kajang. 27 Januari 2011, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah mengadakan Majlis Pra Tonton Treler Program Pembangunan Insan.Treler ini merupakan terbitan bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Filem Negara.
Menurut Datuk Wira Zulkifli bin Hj. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, ia merupakan antara kaedah untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai inisiatif Jabatan Penjara Malaysia memulihkan banduan. Sementara itu, Encik Salleh bin Abdul Rahman, Penerbit Filem Negara pula berkata, “treler berkenaan akan diedarkan kepada semua stesen television bagi tujuan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan keyakinan masyarakat mengenai pelaksanaan program pemulihan banduan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara.
""