| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sejambak Kasih Sekalung Budi Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Majlis Sejambak Kasih Sekalung Budi telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia,pada 28 Januari 2011 di Mess Pegawai  Kanan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis tersebut diadakan  sempena meraikan 18 orang warga kerja Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang telah bersara dan bertukar tempat bertugas ke institusi penjara dan jabatan yang lain.  Majlis yang turut dihadiri  oleh Komisioner  Jeneral Penjara, Timbalan Komisioner (operasi), Timbalan Komisioner (Pengurusan),  Pengarah -Pengarah Bahagian serta warga kerja Ibu Pejabat Penjara Malaysia berlangsung dalam Suasana yang sangan harmoni. Dalam ucapan ringkas Komisioner Jeneral, menyeru semoga semua pegawai yang diraikan membudayakan tranfomasi  dalam kehidupan walau dimana mereka bertugas. Beliau berharap majlis ini akan menjadi tanda ingatan terhadap jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang  berkhidmat dengan jabatan ini. Diakhir majlis, Yang Berbahagia Komisioner Jeneral  juga sudi menyampaikan cenderamata kepada warga kerja yang diraikan sebagai tanda ingatan dari semua warga kerja Ibu Pejabat Penjara Malaysia.



""