Pada 17 Februari 2011 lebih kurang jam 11.50 pagi, Pejabat Parol Hulu Langat, Selangor telah dikunjungi oleh Y.S. KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi) yang sudi meluangkan masa lebih kurang satu jam untuk mengetahui perjalanan system parol khususnya bagi Pejabat Parol Hulu Langat. Beliau yang diiringi oleh PKK Nordin bin Mohamad, Pengarah Latihan dan Inspektorat, juga berkesempatan mendengar penerangan ringkas daripada KIP Muhammad Sakri bin Mohamad Amin, Pegawai Parol Daerah berhubung perjalanan Rumah Perantaraan Negeri Selangor. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol IPPM dan PP Husin bin Haji Johari, Pengarah Parol Negeri Selangor.