Pada tarikh 14 Februari 2011, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Bersemuka sempena tahun Baru Cina peringkat penghuni Penjara Seberang Perai bagi tahun 2011. Majlis tersebut melibatkan seramai 20 orang penghuni yang terpilih berdasarkan kriteria yang telah di tetapkan. Program ini memberikan peluang kepada penghuni cina untuk sama-sama meraikan perayaan tahun baru cina bersama keluarga walaupun berada di Penjara. Majlis tersebut turut dihadiri oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai beramah mesra bersama keluarga penghuni. Jabatan Penjara Malaysia sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada penghuni untuk berubah semasa berada di dalam penjara. Ini adalah selaras dengan objektif pemulihan dan rawatan jabatan.
""