Kajang. 16 Februari 2011, Jabatan Penjara Malaysia teIah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Zon Tengah bagi tahun 2010 di Dewan Kelab Penjara Kajang.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau menyeru kepada semua wargakerja Jabatan Penjara supaya mempergiatkan dan melipatgandakan usaha bagi memartabatkan imej jabatan tersebut di mata masyarakat. Katanya lagi, ''Jabatan Penjara dicadangkan supaya membuat penjenamaan semula untuk menjadi sebuah organisasi koreksional yang bertaraf antarabangsa''.
Dalam majlis tersebut beliau telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada seramai 275 orang pegawai dan kakitangan yang menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan mereka di sepanjang tahun 2010.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg. Komisioner Jeneral Datuk Wira Zulkifli bin Hj. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.