| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jerayawara Pameran Sejiwa Senada

            Program Jerayawara Pameran Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri Sarawak telah   berlangsung di Lapangan Bandar Lawas, Bahagian Limbang  Negeri Sarawak pada 11 hingga 13 Februari 2011. Program ini dibuka seawal jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam. Semua agensi-agensi kerajaan telah menyertai dan mengambil bahagian dalam pameran tersebut termasuk Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak yang di wakili oleh Penjara Pusat Limbang dan diketuai oleh Inspektor Berry Percy Anak Ledgie.

 

            Majlis perasmian Program Jerayawara Pameran Sejiwa Senada ini telah berlangsung pada 12 Februari 2011 jam 09.00 pagi yang telah disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Sejurus selepas Majlis Perasmian, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta tetamu kehormat berkunjung ke pusat pameran. Pelbagai aturcara telah berlangsung semasa majlis perasmian.

 

            Seramai 1625 orang pengunjung telah berkunjung ke booth Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak sepanjang program berlangsung. Sambutan daripada masyarakat sekitar Bandar Lawas, Limbang dan Brunei Darussalam amat menggalakkan bagi mendapat maklumat terkini serta perkhidmatan yang diperlukan. Kebanyakan pengunjung mengambil peluang ini untuk mengenali jabatan dan agensi-agensi kerajaan dengan lebih dekat lagi.



""