Kuching, 19 Februari 2011 (Sabtu) – Seramai 7 pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri bersama Yg. Bhg. Dato' Md. Nor Bin Hashim dan pengarah - pengarah negeri dari jabatan / agensi – agensi Kementerian Dalam Negeri hadir serta membuat lawatan kerja ke Pusat Latihan Pegawai Penjara, Wilayah Sarawak. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi memberi penerangan kepada setiap jabatan / agensi kementerian tentang hala tuju serta matlamat Kementerian Dalam Negeri bagi mencapai NKRA yang telah diamanahkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Pengarah Penjara Sarawak, PKK Mohd Zawawi Bin Ab. Rahim turut memberikan taklimat berhubung inisiatif NKRA di penjara – penjara negeri Sarawak.