19 Februari 2011 bertempat di Dataran Anggerik Penjara Sungai Buloh, telah diadakan satu perarakan sempena Sambutan Maulidurrasul peringkat Penjara Sungai Buloh.
Sambutan pada tahun ini dihadiri oleh Pengarah Penjara Sungai Buluh TKPj Narander Singh, PKP Rosidek Bin Musa, pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan juga ahli keluarga.
Sambutan dimulakan dengan perarakan mengikut desa sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dari Dataran Anggerik ke Surau An-Nur dan disertai dengan ceramah oleh penceramah jemputan dari JAKIM.
Turut diadakan ialah pertandingan perarakan terbaik Maulidurrasul yang dimenangi oleh Desa Murni.