Kejohanan Pentaque Jabatan Penjara Malaysia pada tahun ini telah diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 12 hingga 13 Februari 2010.
Perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh, TKPj Narander Singh selaku tuan rumah kejohanan.
Seramai 51 pasukan yang mewakili seluruh institusi Penjara Malaysia mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.Pasukan Institut Koreksional Malaysia Tanjung Keling 4 (IKOM4) telah muncul sebagai juara kategori lelaki, manakala bagi kategori wanita dimenangi oleh pasukan Penjara Pengkalan Chepa 2: Seluruh warga kerja Penjara Sungai Buluh mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai kojonanan pada kali ini.