| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perlancaran Gaya Hidup Sihat Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: 21.02.2011 - Menyahut saranan Y.Bhg Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia , PKK. Mohd Sabri Bin Yaacob Pengarah Penjara Negeri Sabah telah melancarkan progam Gaya Hidup Sihat Peringkat Penjara Negeri Sabah. Progam Gaya Hidup Sihat ini perlu diadakan untuk mempastikan kakitangan jabatan mengutamaan penjagaan kesihatan dan kecergasan supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.


Anggota perlu mentransformasi diri  ke arah gaya hidup yang lebih sihat bukan sahaja untuk kebaikan jabatan tetapi untuk kebaikan diri sendiri serta keluarga anggota tersebut. Justeru program sebegini perlu diambil peluang  oleh setiap anggota sebagai suatu mekanisme untuk mengekalkan kesihatan diri. Walaupun pengisian progam ini dilihat agak mencabar tetapi jika kakitangan sudah bersedia untuk mengubah fikiran dan melakukan dengan sepenuh hati  maka tiada sebab kenapa ianya tidak boleh dijayakan.

Progam Gaya Hidup Sihat ini akan diadakan setiap hari Isnin, tuan rumah akan ditetapkan  secara bergilir antara Institusi Penjara dalam Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Aktiviti utamanya adalah mengadakan senamrobik.


Diharapkan  dengan adanya progam Gaya Hidup Sihat ini kakitangan dan anggota  bukan sahaja dapat menjaga kesihat dan meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal, bahkan juga dapat memupuk semangat silaturahim di antara kakitangan penjara. Perserta yang terlibat adalah seramai 150 orang dan selepas senamrobik disusuli dengan program derma darah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu.





""