Pada 09 Disember 2011, Penjara Wanita Kajang menerima sumbangan bahan bacaan dari GRUP FACEBOOK ? GERAKAN BACA SAMBIL MENUNGGU yang disampaikan oleh Puan Zatikah Izati Puade iaitu Pengasas Grup Facebook. Aktiviti utama kumpulan ini adalah mengagihkan bahan bacaan ke tempat-tempat awam seperti Hospital, Klinik, Rumah Ibadat dan sekolah. PPP Monawati Binti Omar mewakili Puan Pengarah menerima sumbangan berkenaan yang berlangsung di hadapan SPA dan Salun Luar Penjara Wanita Kajang.
Penjara Wanita Kajang berasa berbesar hati kerana terpilih sebagai salah satu daripada Institusi dari Jabatan Penjara Malaysia yang menerima sumbangan ini disamping bersama-sama membantu aktiviti kumpulan berkenaan dalam melancarkan Gerakan Baca Sambil Menunggu. Bahan bacaan yang disumbang diletakkan di Tempat Lawatan dan juga SPA Salun Luar Institusi ini kerana tempat-tempat ini menerima ramai kunjungan dari pelawat luar dan mereka boleh memanfaatkan masa menunggu sambil membaca. Selain itu juga, bahan bacaan ini ditempatkan di perpustakaan penghuni bagi menambah ilmu pengetahuan mereka.
""