Pada 14 dan 15 Disember 2011, Unit Latihan dengan kerjasama Unit Agama Penjara Seberang Perai telah mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah pada 14 dan 15 Disember 2011 bertempat di Surau As-Sakinah Penjara Seberang Perai. Bengkel ini disertai seramai 30 orang kakitangan dan 8 orang ahli PERSIAP. Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta telah diterangkan 'Adab-Adab Menziarahi Orang Sakit' yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohamad Zaki bin Hj. Abdul Halim, Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, "Detik Kematian" oleh Ustaz Jafri bin Abu Bakar, "Muhasabah Diri" oleh Ustaz Izab Hambali bin Hj. Hamzah Kaunselor IIESQ dan "Pengurusan Jenazah" oleh Hj. Kamaruddin bin Nor Asmana Kifayah.
""