Majlis Berkhatan Anak-Anak Kakitangan Kompleks Penjara Seberang Perai telah diadakan pada 17hb Disember 2011 bertempat di Dewan Kelab Kompleks Penjara Seberang Perai dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan. Berbagai aktiviti awal yang telah dijalankan sebelum itu seperti Solat sunat hajat dan bacaan Yassin. Majlis bermula dengan seramai 10 orang anak-anak berkhatan diarak ke dewan dengan diiringi paluan kompang dan bunga manggar. PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai telah sudi bersama dan menyampaikan cenderamata.
""