| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyampaian Sijil Penghargaan Persekitaran Berkualiti 5s Peringkat Negeri Johor

Pada 13 Disember 2011, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah menganjurkan Seminar Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada. Penjara Kluang diwakili oleh PP Zamzuri bin Ghani dan KIP Masri bin Matani.


Dalam seminar ini, majlis penyampaian sijil penghargaan Persekitaran Berkualiti 5S telah diadakan bagi menghargai sumbangan agensi-agensi dan jabatan yang telah melaksanakan amalan QE5S. Dimaklumkan sebanyak 14 agensi/jabatan telah diberi pengiktirafan persijilan oleh Malaysia Productivity Corporation bagi tahun 2011/2012. Penyampaian sijil bagi Penjara Kluang diterima oleh PP Zamzuri b Ghani dalam majlis penyampaian yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Obet b Tawil, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

 

""