| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjung Hormat Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Mcpf) Ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia

22 Disember 2011, Bukit Wira

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara MCPF dan Jabatan Penjara selain mengadakan perbincangan mengenai program-program yang boleh dianjurkan bersama. Rombongan seramai sepuloh orang Ahli Exco MCPF yang diketuai oleh YBhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi MCPF pada jam 2.30 petang telah disambut oleh YBhg TKJP Dato' Hj Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional). Memetik ucapan aluan beliau yang membuka ruang perbincangan menjurus kepada program pemulihan dl uar penjara, YBhg Dato' TKJP menyentuh tentang konsep dan pendekatan yang digunakan sekarang iaitu "help unlock the second prison" menjadi strategi bagi mencapai matlamat program pemulihan banduan, khidmat seliaan (Aftercare) dan penglibatan keluarga serta komuniti. Kunci kepada konsep ini dapat dilihat daripada pernyataan berkut :-


Offender often encounter two prisons. The first is the physical prison and prison officers hold the key to the prison. However, for the majority of them, it is just a matter of time before they leave the first prison. Once release the ex-offenders enter into a second social and psychological ?prison?. The ?she? who holds the key to the second ?prison?, refers to the ex-offenders? families, friends, neighbours, employers, colleagues, volunteers, religious groups and the community at large.

 

Peserta rombongan telah mendapat taklimat daripada Bahagian Pengurusan Banduan dan Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti. Rumusan hasil daripada sesi perbincangan yang diadakan, pihak MCPF akan menelti dan membawa pertimbangan kepada pihak kerajaan beberapa perkara yang membantu memperkasakan program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia iaitu mengenai cadangan membuka peluang pekerjaan kepada bekas banduan di agensi kerajaan, sebagai tanda komitmen kerajaan di dalam membantu memberikan peluang pekerjaan dalam sektor gunatenaga yang bersesuaian. Penglibatan keluarga di dalam sistem sokongan pemulihan juga akan diperteguhkan melalui program-program kekeluargaan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Selain itu pihak MCPF juga menyatakan iltizam untuk membantu merealisasikan "Deklarasi Langkawi 3" iaitu komitmen bersama semua badan-badan NGO's hasil daripada Seminar Bersama NGO's yang telah diadakan di Akademi Korteksional Malaysia Langkawi baru-baru ini.

 

""