Pada 16 Disember 2011 Maktab Penjara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Program Sembang-sembang Sukan bertempat di Dewan Kuliah (A) Maktab Penjara Malaysia. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang wakil institusi-institusi termasuk atlet-atlet Jabatan. Ini menunjukkan sokongan kakitangan kepada program sukan Jabatan.
Panel- panel telah dijemput khas yang mana antaranya ialah Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet, Puan Hajjah Zaiton binti Othman dari Majlis Sukan Negara, YBhg.Dato' Namat bin Abdullah dan Tuan Hj. Shamsudin bin Jaafar. Manakala Moderator Program tersebut ialah PP Ahmad Zaini bin Abu Hassan. Tujuan utama program ini adalah untuk membincangkan isu-isu semasa sukan Jabatan Penjara Malaysia.
Program ini diadakan bersempena dengan Malam Pernghargaan dan Anugerah Sukan 2011 sebagai meraikan Bekas-Bekas Pemain Bola Sepak, Sepak Takraw dan Atlet Jabatan Penjara Malaysia yang pernah mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa. Turut diadakan pada malam berkenaan ialah Anugerah Olahgarawan & Olahragawati Jabatan Penjara Malaysia.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Komisioner Jeneral Y. Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Haji Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Komisioner Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood Pengarah Keselamatan & Inteligen.
""