23 Disember 2011, Penview Hotel, Kuching, Sarawak, satu majlis makan malam Semarak Kasih Sekalung Budi telah diadakan bagi menghargai jasa kerja Yg.Berusaha PKP Adnan bin Atan, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang akan bertukar tugas di Penjara Kajang. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak dan diserikan dengan Kumpulan Band Beret Hijau, Penjara Puncak Borneo Kuching serta persembahan daripada pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak.