28 Disember 2011, Penjara Reman Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Persaraan Pegawai dan Kakitangan bagi tahun 2011 bertempat di Dewan Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis tersebut dihadiri oleh bekas-bekas pegawai dan kakitangan penjara dari pelbagai pangkat dan turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan yang bertukar ke institusi lain. Pesara-pesara yang hadir turut diberi cenderahati sebagai tanda ingatan dari Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari band The Nad'z Revival Penjara Reman Pulau Pinang.
""