Perlancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Penjara Sungai Buloh
23 Ogos 2011 bertempat di Penjara Sungai Buloh, satu majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang telah diadakan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Tuan Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh. Pada majlis ini, Pengarah Penjara Sungai Buloh telah mengagihkan dan memasang Jalur Gemilang kepada kenderaan-kenderaan yang mengambil bahagian. Sebanyak 150 Jalur Gemilang berjaya diagihkan. Adalah menjadi harapan agar penganjuran majlis ini, semua kakitangan dapat menghayati semangat kemerdekaan dan mengingati sejarah kemerdekaan walaupun bulan kemerdekaan disambut bersama bulan Ramadhan
""