| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Y.Bhg KJP Datuk Wira Hj.Zulkifli Bin Omar Dan Majlis Berbuka Puasa Zon Timur Di Pusat Pemulihan Akhlak Machang,Kelantan

Pada 21 Ogos 2011, Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah menjadi tuan rumah Majlis Berbuka Puasa Penjara Zon Timur. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah TKPj Nordin bin Muhamad, En. Ahmat bin Mat Zin, Ketua-Ketua Institusi Penjara Zon Timur, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Ahli Lembaga Penasihat, Pengarah-Pengarah Parol Negeri Zon Timur dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Machang. Sebelum itu pada sebelah petangnya telah diadakan perjumpaan dan dialog diantara pegawai-pegawai kanan Institusi Penjara Zon Timur bersama Y.Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar.

Dalam majlis berbuka puasa, Y.Bhg Datuk Wira telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim, Asrama Bakti Machang dan kepada orang kelainan upaya (oku). Aturcara majlis berakhir selepas jamuan moreh sesudah selesai solat sunat terawih.

""