18 Ogos 2011. ( Khamis ) - Majlis Penyerahan Bubur Lambuk 1 Malaysia Raya oleh penghuni penjara kepada Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Beringis dan Rumah Warga Tua Sri Prichard Kinarut telah disaksikan oleh Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu iaitu PKP. Abdul Halim bin Ma-Hasan bersama-sama dengan Pengarah Parol Negeri Sabah PP. Maidin bin Hj. Din beserta dengan pegawai-pegawai kanan, anggota penjara dan juga banduan-banduan lain yang telah dilangsungkan di Dewan Mess Minima Penjara Pusat Kota Kinabalu pada pukul 3.45 petang.
Sebanyak 2000 bungkusan bubur lambuk telah dapat disediakan oleh penghuni penjara sendiri. Mesej yang ingin disampaikan ialah banduan penghuni dalam penjara juga mempunyai nilai dan perasaan kasih sayang dan melalui program sebegini, perasaan kasih sayang itu dicurahkan dengan cara membantu dan menabur bakti kepada masyarakat.
""