| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Y. Bhg KJP Datuk Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Dengan Kakitangan Dan Pesara-Pesara Jabatan Penjara

Penjara Seberang Perai - 20 Ogos 2010 Jam 6.45 Petang, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Berbuka Puasa Bersama Y. Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia anjuran bersama Penjara Seberang Perai, Penjara Reman Pulau Pinang dan Parol Negeri Pulau Pinang dan telah diadakan bertempat di Masjid As-Sakinah Penjara Seberang Perai. Di antara pengisian program tersebut ialah penyampaian sumbangan ramadhan oleh Y. Bhg Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia kepada pesara jabatan yang uzur dan anak-anak kakitangan yang istimewa. Seterusnya Y. Bhg Datuk Wira bersama PKK. Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai, PKK. Supri Hashim, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan IPPM, PKP Abdul Halim bin Ma Hasan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang dan PP Rosoman Abu Bakar Pengarah Parol Negeri Pulau Pinang melawat ke rumah Sjn 2539 Zainal bin Mat Sahak, pesara jabatan yang uzur di Pekan Sungai Kecil Hilir. Beliau yang telah lumpuh tangan dan kaki sebelah kanan pernah berkhidmat di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping, Perak.