Rabu, 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432 Hijrah, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Ihya Ramadhan. Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Jahid Jahim Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah bersama PKK Suria Hj. Idris Pengarah Penjara Negeri Sabah dan PKP Abdul Halim bin Ma Hassan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Encik Senan bin Jipar Penolong Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Ustaz Saiful Khair Mohd Sampon Pembantu Hal Ehwal Islam (JAKIM) serta Ketua-ketua Institusi Negeri Sabah. Acara dimulakan dengan majlis Tadarus Al-Quran dan ceramah agama diikuti, jamuan berbuka puasa dan penyampaian saguhati kepada penghuni yang terlibat. Seterusnya para jemputan bersama penghuni bersolat isyak dan terawih dan majlis berakhir pada jam 09.10 malam.
""