Pada 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432H bertempat di Surau Kakitangan Penjara Alor Setar telah berlangsung majlis berbuka puasa kakitangan bersama Pengarah.
Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran yang terdiri daripada anak-anak kakitangan.
Seramai 10 orang penerima sumbangan terdiri daripada asnaf dan ibu-ibu tunggal telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh PKP Amir Shariffuddin bin Abd. Majid, Pengarah Penjara Alor Setar. Diikuti, dengan berbuka puasa, Solat Maghrib, Isyak serta Tarawih.
Turut hadir, wakil kakitangan institusi penjara Zon Utara, Parol dan pesara-pesara.
""