Penjara Limbang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 23 Ogos 2011 bersamaan 23 Ramadhan 1432H yang lalu. Pengarah Penjara Limbang, PKP Charin Promwichit serta isteri turut hadir bagi memerihkan majlis. Di samping itu, majlis turut dihadiri oleh ADUN N68 Bukit Kota, Limbang iaitu Yang Berhormat Dr Abdul Rahman bin Hj Ismail serta wakil-wakil jabatan kerajaan di daerah Limbang. Program pada petang itu dimulai dengan khatam al-Quran dan bacaan al-Quran oleh anak-anak kakitangan. Selain itu Yang Berhormat turut menyampaikan saguhati kepada anak-anak kakitangan dan juga kepada tetamu jemputan. Sebelum bersurai, Yang Berhormat turut menunaikan solat fardhu isya� dan terawih berjemaah bersama kakitangan Penjara Limbang.
""