| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Pegawai Parol Bersama ODP Parol Negeri Melaka

Pada 25 Ogos 2011, Pejabat Parol Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa peringkat Pegawai Parol bersama ODP Parol Negeri Melaka bertempat di Surau Penjara dusun Dato, Murad, Ayer Keroh, Melaka. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran TKPj Abdul Aziz Bin Mohammad Pengarah Parol, PKK Sukri Bin Saad Ketua Sekyen Perkhidmatan Komuniti dan Pegawai Kanan dari Bahagian Parol IPPM. Rombongan disambut oleh PP Zalina Binti Mohd Yunus Pengarah Parol Negeri Melaka bersama Pegawai Kanan Pejabat Parol Negeri Melaka, Daerah dan Institiusi. Turut dijemput hadir ke majlis adalah Pengarah-Pengarah dan Kakitangan Institiusi Penjara Negeri Melaka serta keluarga, Agensi-agensi Kerajaan / Swasta dan Ngo.s. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Tazkirah Ihya Ramadhan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Khairul Zaki Bin Misbah dari Jabatan Agama Islam Melaka . Selepas selesai berbuka puasa, majlis turut memberi sumbangan kepada 3 ODP dan 4 PKW Negeri Melaka yang disampaikan oleh Yang Setia TKPj Abdul Aziz Bin Mohammad. Majlis diakhiri dengan Solah Fardhu Isyak dan Solah Sunat Terawih berjemaah.

""