| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama YB. Dato' Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri Di Penjara Taiping

Pada 25 Ogos 2011, Institusi Penjara Taiping telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan dan penghuni Penjara peringkat Zon Utara. Majlis tersebut telah diadakan di Perkarangan Penjara Taiping. Majlis telah dihadiri oleh YB. Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Turut hadir dalam majlis tersebut Y.Bhg Dato' Hj Hassan Bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YB Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Hj Abdul Khalid Exco Perak, Ketua-ketua Jabatan Daerah Taiping , Ketua - ketua Instisusi Penjara Zon Utara, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Pengarah Parol Negeri Zon Utara. Seramai 150 orang banduan telah dipilih untuk menyertai majlis berbuka puasa ini.

Pada majlis berbuka puasa YB. Dato' Lee Chee Leong telah menyampaikan saguhati kepada penghuni yang telah memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan sempena bulan Ramadhan seperti hafazan tahap satu, hafazan tahap dua, membaca khutbah, bacaan azan dan iqamah dan kuiz agama. Dalam Majlis tersebut juga diadakan majlis penyampaian zakat banduan kepada wakil baitumal yang disampaikan oleh YB Dato' Muhammad Zahir Bin Dato' HJ Abdul Khalid. Aturcara majlis berakhir selepas solat fardu Maghrib.

""