Majlis Penyerahan Kuih Raya Kepada Jabatan Penjara Malaysia Sabah Daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah Yg.Berhormat Yahya Bin Hussin
Majlis penyerahan kuih raya kepada jabatan penjara malaysia yang disampaikan oleh yg berhormat datuk yahya bin hussin timbalan ketua menteri sabah bertempat di wisma pertanian penampang pada 25 ogos 2011. Yg. Berhormat datuk dalam ucapannya amat berterima kasih kepada jabatan penjara malaysia dan juga jabatan- jabatan keselamatan yang lain kerana sentiasa komited untuk menjaga keselamatan dan keamanan negeri sabah biarpun terpaksa bertugas pada musim perayaan ini dimana sanggup meninggalkan anak isteri serta keluarga demi untuk menjamin keselamatan rakyat di negara malaysia yang tercinta ini sentiasa terpelihara. Penyerahan itu diterima sendiri oleh pengarah penjara negeri sabah pkk suria bin hj. Idris.
""