| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Penghuni Penjara Kajang 2011

24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432H (Khamis)- Bahagian Pemulihan Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Penghuni Penjara Kajang bertempat di Surau At Taqwa Penjara Kajang. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran KPj Haji Abd Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Kajang, Encik Ahmat bin Mat Zin, Pengarah Bahagian Kewangan, IPPM, Ustaz Abd Hakim bin Harun, Bahagian Pengurusan Banduan,IPPM, dan Ustaz Abd Rahman Siva bin Abdullah, Unit Saudara Baru, Pejabat Agama Islam daerah Hulu Langat. Majlis dimulakan dengan khatam Al-Quran oleh penghuni, dan diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada peserta tadarus Al-Quran serta penyerahan cek zakat fitrah penghuni Penjara Kajang kepada wakil Lembaga Zakat Selangor serta berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah, makan malam, solat Isya� berjemaah dan solat sunat tarawih. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh.

""