Pada 12 April 2011, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Warga Kementerian Dalam Negeri, Negeri Sarawak Dan DUN Bengoh Bersama YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri serta isteri. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut Encik Mohd Hidayat bin Ali Omar, Timbalan Setiausaha Bahagian (Inovasi dan Keurusetiaan) KDN dan juga TKPj Tn. Haji Mohd Zawawi bin Ab. Rahim, Pengarah Penjara Negeri Sarawak.
Seramai 300 tetamu jemputan yang terdiri daripada warga KDN dan juga penduduk setempat hadir ke majlis tersebut.