13 April 2011, Penjara Pokok Sena telah menerima kunjungan rasmi daripada Tunku Panglima Besar Kedah Dato Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.Dalam kunjungan tersebut,Tunku Puteri telah berkenan melawat bengkel-bengkel Penjara Wanita Pokok Sena. Y.Bhg.KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama beberapa pegawai tertinggi jabatan turut serta melapangkan masa meraikan kunjungan rasmi tersebut.
Dalam masa yang sama, PKK Hj. Ahmad Faudzi Bin Hj. Awang, Pengarah Penjara Pokok Sena memberikan penerangan berkaitan produk-produk yang dihasilkan oleh banduan Penjara Pokok Sena kepada Tunku Puteri Intan Safinaz yang ditempatkan dibahagian pameran(lihat gambar).Kunjungan Tunku Puteri ke bahagian Penjara Wanita disambut dengan tarian selamat datang yang dipersembahkan oleh banduanita penjara ini.
Tunku Puteri berkenan menanam Pokok Kesinai Merah sebagai tanda peringatan kunjungan Tunku Puteri ke Penjara Wanita Pokok Sena.Tunku Puteri juga sempat merasmikan taman yang bertempat diperkarangan Penjara Wanita sempena nama Tunku Puteri dengan nama “Taman Tunku Panglima Besar Kedah”(lihat gambar).