| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Suhakam Ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah menerima delegasi lawatan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada 13 April 2011. Seramai 16 orang delegasi yang diketuai oleh Pengerusi SUHAKAM  iaitu Y. Bhg Tan Sri Hasmy Agam. Senarai nama delegasi SUHAKAM yang hadir adalah seperti berikut:

 

Y.Bhg. Tan Sri Hasmy Agam - Pengerusi

Y.Bhg. Datuk Prof. Dr. Khaw Lake Tee - Naib Pengerusi

Y.Bhg. Datuk Prof. Dr. Mahmood Zuhdi - Pesuruhjaya

En. Muhammad Sha’ani Abdullah - Pesuruhjaya

En. James Nayagam - Pesuruhjaya

En. Detta Samen - Pesuruhjaya

Puan Jannie Lasimbang - Pesuruhjaya

Puan Hashimah binti Nik Jaafar - Pesuruhjaya

En. Ameer Izyanif Hamzah - Ketua Pen. Setiausaha

Puan Rafidah binti Yahya  - Ketua Pen. Setiausaha

Puan Nurul Hasanah binti Ahamed - Ketua Pen. Setiausaha

Puan Noor Azizah binti Adenan - Ketua Pen. Setiausaha

En. Simon a/l Karunagaram  - Ketua Pen. Setiausaha

Cik Lau Sor Pian - Pen. Setiausaha

En. Helmy Fendy bin Mohammad Idris - Pen. Setiausaha

En. Roslan bin Mohd Ali - Pen. Setiausaha

 

Delegasi SUHAKAM  tiba di Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, PKK Yasuhimi bin Yusoff  bersama pegawai-pegawai kanan yang lain.

 

Delegasi telah dibawa melawat ke dalam kawasan penjara di tempat-tempat seperti Tempat Jumpa, Klinik Kesihatan Penjara/ Sick-Bay, Dapur Tahanan, Bengkel Jahit, Bengkel Kraftangan, Bengkel Batik, Bengkel Dobi, Program Pembangunan Insan (PPI), Blok Harapan (Blok Penempatan Tahanan Muda) dan Pejabat Rekod. Taklimat mengenai Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah disampaikan oleh PKK Yasuhimi bin Yusoff, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Satu majlis perjumpa dengan 30 orang tahanan muda turut diadakan dan  berakhir pada jam 3.30 petang.



""