16 April 2011, Ibu Pejabat Penjara dengan kerjasama Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Program Hidup Gaya Sihat bertempat di Rumah Kelab Penjara Kajang. Seramai 300 orang peserta termasuk ahli PERSIAP dan keluarga turut serta menjayakan Majlis Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Kompleks Penjara Kajang. Tirai program dimulai dengan Senamtari yang dipimpin oleh Kumpulan Penari Kebudayaan Jabatan Penjara Malaysia.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y. Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Antara aktiviti yang diadakan sempena Program Hidup Gaya Sihat ialah pemeriksaan kesihatan termasuk berat badan dan ketinggian (BMI), tekanan darah, gula dalam darah, kolestrol dalam darah, pap smear dan payudara secara percuma. Sempena Program Hidup Gaya Sihat juga, Kempen Derma Darah turut diadakan dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Pada hari tersebut sebanyak 81 peket darah berjaya dikumpulkan di mana seramai 47 penderma lelaki dan 34 penderma wanita telah menyumbangkannya.
Tujuan Program Hidup Gaya Sihat diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga penjara kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan secara konsisten agar semua pegawai berada di tahap kesihatan yang tinggi. Pada masa yang sama, pameran kesihatan mengenai stress dan cara-cara menanganinya agar pegawai penjara mengetahui cara mengurangkan stress.