| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelancaran Kempen Senyum Peringkat Penjara Reman Johor Bahru

7 April 2011 Khamis,  jam 10.30 pagi, bertempat di Tempat Lawatan,  Majlis pelancaran Kempen Senyum Peringkat Institusi Penjara Reman Johor Bahru telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Reman Johor Bahru PKP Ramli bin Osman yang dihadiri oleh pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

 

Kempen ini diadakan bagi menerapkan budaya senyuman yang memberi kesan positif terhadap budaya mesra pelanggan kepada kakitangan khususnya yang bertugas di barisan hadapan yang terlibat secara langsung dengan orang awam seperti di Tempat Lawatan dan Balai Pengawal.

 

PKP Ramli bin Osman dalam ucapannya semasa majlis pelancaran mengingatkan budaya senyuman adalah budaya yang mulia yang bukan sahaja dituntut oleh agama tetapi juga oleh Kerajaan  dan sepatutnya menjadi amalan yang perlu diterapkan oleh kakitangan dalam meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan supaya pelanggan merasa selesa bila berurusan dengan agensi kerajaan khususnya Jabatan Penjara dan diberi layanan yang sepatutnya.

 

Sebagai sembolik pelancaran Kempen Senyum Pengarah Penjara Reman Johor Bahru telah memotong riben banner Kempen Senyum dan penyerahan replika  “Senyum” kepada Pegawai Tempat Lawatan Sarjan Hjh. Rahmas bin Abdullah.



""