Pada 20 April 2011 jam 9.30 pagi, Penjara Sungai Buloh telah menerima lawatan daripada Persatuan Pemulihan Bekas Banduan (DPAS) Johor. Ketibaan rombongan seramai 30 orang disambut oleh Penguasa Penjara Hamdan Salleh bin Majin dan beberapa orang pegawai kanan.
Rombongan diberi taklimat ringkas oleh KIP Hasniyah bt Hj Walad dan seterusnya dibawa melawat Ke Blok Abadi 1, Klinik Kesihatan Penjara, Blok Bengkel dan Pusat Belian Bersepadu (Mini Market). Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan mereka berkenaan Program Pemulihan yang dilaksanakan oleh jabatan kepada penghuni / tahanan di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara DPAS dan Jabatan Penjara Malaysia.