Pada 19 April 2011, Penjara Alor Setar telah menerima lawatan daripada Persatuan Pemulihan Banduan Johor (DPAS). Seramai 30 orang peserta yang diketuai oleh Tuan Hj. Meraj @ Mohammad bin Hj. A. Jalal, Yang Dipertua DPAS dan Jawatankuasa DPAS serta beberapa orang pegawai kanan dari Penjara Kluang.
Lawatan ini bertujuan untuk sesi suaikenal di antara DPAS dengan Persatuan Membantu Orang-orang Dalam Penyeliaan Kedah (PENAWAR) serta kakitangan Penjara Alor Setar. Rombongan ini telah diberi taklimat ringkas mengenai Penjara Alor Setar yang disampaikan oleh PP Bahdun bin Salleh, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar. Selain itu, En. Idris bin Ismail, Pengerusi PENAWAR turut menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh PENAWAR.
Diharapkan, lawatan ini dapat mengeratkan silaturahim di antara DPAS, PENAWAR dan Penjara Alor Setar.