Pada 24, 25 dan 27 Mac 2011, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat yang telah dirasmikan oleh PKP Anathurai a/l Kalimuthu, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.
Pada hari pertama iaitu 24 Mac 2011, Kempen Derma Darah telah dijalankan di Rumah Kelab, IPD Jelebu dan disertai oleh Pegawai kesihatan daripada Hospital Jelebu dan Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penderma darah adalah terdiri daripada kakitangan IPD Jelebu dan Ahli PERSIAP.
Pada hari kedua iaitu 25 Mac 2011, aktiviti senamrobik dan pertandingan larian turut dijalankan di Rumah Kelab, IPD Jelebu. Di mana pada acara larian tersebut telah melibatkan tiga jenis kategori larian iaitu veteran, dewasa dan wanita.
Pada hari ketiga iaitu 27 Mac 2011, Program Jom Senam Oghok Pikuk RM Negeri FM dan liputan siaran langsung dari Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu telah dijalankan dan disertai oleh penduduk disekitar daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Di dalam program ini juga turut diadakan aktiviti senamrobik kakitangan IPD, Jelebu bersama masyarakat setempat. Acara pertandingan membuat puding telah diadakan dimana acara ini terbuka kepada semua golongan masyarakat. Pameran kraftangan dari Unit Informasi IPD, Jelebu turut dijalankan bagi memberi pengetahuan am kepada masyarakat sekeliling mengenai program pemulihan yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan disamping itu dapat memberi kesedaran sivik kepada masyarakat akibat melakukan perbuatan yang salah dari sisi undang-undang.