Program Lawatan Kerja Anggota Penjara Sungai Buloh Ke Pejabat Agama Islam Daerah (Timur) Dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuang (Barat)
Pada 21.04.2011 (Khamis) Unit Agama Bahagian Pemulihan dan Rawatan Institusi Penjara Sungai Buloh telah mengadakan Program Lawatan kerja ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (Timur) dan Pejabat Agama Islam Dearah Kuang (Barat). Program lawatan kerja ini adalah kali pertama diadakan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara Penjara sungai Buloh dengan Pejabat Agama Islam bagi membincangkan permasalahan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Agama Islam serta membincangkan bantuan-bantuan dan dana kewangan yang boleh diberikan untuk aktiviti keagamaan diperingkat penghuni Penjara Sungai Buloh. Program yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00petang turut dihadiri oleh TPP Rahim bin Deraman selaku ketua lawatan bersama 21 orang pegawai penjara yang mewakili dari pelbagai unit. Semoga dengan lawatan kerja ini akan memberikan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada semua peserta yang terlibat.