Sekitar Sambutan Hari Penjara Institusi Penjara Sri Aman
Penjara Sri Aman, 1 November 2010 - Sambutan Hari Penjara 2010 Peringkat Penjara Pusat Sri Aman telah diadakan di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Sri Aman.Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, TPP Achon Ak Tadeng. Seramai 65 kakitangan berunifom dan awam hadir pada majlis tersebut. Maljis bermula pada jam 8.05 pagi didahului dengan lagu Negaraku,Bakti Setia dan Kualiti Teras Kejayaan. Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, TPP Achon Ak Tadeng telah memeriksa perbarisan pada pagi tersebut.Kemudian acara diteruskan dengan bacaan doa dan ikrar jabatan. TPP Achon Ak Tadeng kemudian telah membacakan teks ucapan Timbalan Menteri Dalam Negeri Y.B Dato Lee Chee Leong. Seramai 5 orang telah menerima Pingat Perkhidmatan Am (PPA),1 orang menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS),1 orang menerima Pingat Bakti Penjara (PBP),2 orang menerima Pingat Am Penjara (PAP) dan 1 orang menerima Sijil Kepujian Tertinggi Lencana Merah. Turut diadakan ialah majlis pemakaian pangkat kepada 2 orang pegawai yang telah disahkan dalam jawatan.Majlis sambutan berakhir pada jam 0930 pagi.Majlis hari Penjara diteruskan pada sebelah petang dengan acara sukan seperti petanque,futsall dan badminton diantara kakitangan.Sebelum itu pada sebelah malam 28 Oktober 2010 telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Tahlil sempena Hari Penjara Malaysia di Surau Penjara Pusat Sri Aman yang dihadiri oleh Pengarah Penjara Pusat Sri Aman PKP Mazlan bin Md Yusof serta kakitangan Penjara Pusat Sri Aman.