Aktiviti Sempena Hari Jabatan Penjara Malaysia 2010 Penjara Limbang
Bersempena dengan sambutan Hari Penjara 2010, Penjara Limbang telah mengatur pelbagai aktiviti untuk kakitangan. Di antara aktiviti yang telah diadakan ialah Seminar Pengurusan Kewangan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang telah diadakan pada 28 Oktober 2010, Program Amal Bakti bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang pada 30 Oktober 2010, Sepertimana kebiasaan program Hari Penjara pada 1 November 2010 dimulakan dengan perhimpunan Hari Jabatan Penjara Malaysia pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang diadakan Kempen Derma Darah dan Pertandingan Petanque Hari Jabatan Penjara Malaysia. Program sempena sambutan hari Jabatan Penjara Malaysia kali ini telah dijalankan dengan teratur dengan penglibatan semua kakitangan bersemangat untuk mencapai visi '1Penjara Ke Arah Transformasi'.