Majlis telah dirasmikan oleh PP Mohd Roslen Bin Ramli. Turut hadir adalah TPP Rahim Bin Deraman, TPP Sazali Bin Sharif, KIP Che Long Bin Abdullah , IP Zulfakri Bin Ahmad, IP Nazlien Bin Said. Seramai 4 orang banduan terlibat dengan dihadiri seramai 14 orang ahli keluarga. Program ini turut dihadiri oleh dua orang wartawan Sinar Harian.
Program ini adalah bertujuan memberikan suntikan semangat motivasi diri penghuni untuk lebih yakin apabila dibebaskan kelak dengan penerimaan dan kasih sayang ahli keluarga terhadap mereka.Sesuai dengan Misi Unit Pemulihan iaitu 'penghuni dapat dipulihkan dan kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang produktif'. Program yang diadakan selesai dengan jayanya dan mencapai objektifnya.
Majlis berakhir dengan perasmian penutup oleh wakil Pengarah Penjara Sungai Buloh, PP Mohd Roslen Bin Ramli, Penguasa Penjara Sungai Buloh.