| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Kolej Komuniti Kulim Kedah Ke Kompleks Penjara Seberang Perai

Pada 04 November 2010 jam 2.30 petang, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menerima lawatan kerja daripada Kolej komuniti Kulim, Kedah yang di ketuai oleh Pn. Seena Beevi Binti Ajis Khan selaku Penolong Pegawai Tadbir Kolej Komuniti. Taklimat pengenalan penjara Seberang Perai disampaikan oleh Inspektor Mohd Fadly bin Teppo, dan Ketua Pengurusan lawatan oleh Timbalan Penguasa Kamarul Efzan bin Johori, Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan Kompleks Penjara Seberang Perai. Manakala Inspektor Rosni binti Abdul Rahman selaku pengiring pelawat wanita. Antara objektif lawatan ialah mengeratkan hubungan kerja dan sillaturrahim serta mendapatkan ilmu berkaitan suasana keseronokan berkerja di Kompleks Penjara Seberang Perai. Penyerahan cedera kenangan daripada Kolej Komuniti di wakili oleh Penguasa Amer@Amir bin Hj. Haron, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai.

""